Sunday, August 1, 2010

Presentation kt Tajwid

0 comments
file:///F:/mydocument%20peperiksaan/My%20Pictures/slide1.bmp
file:///F:/mydocument%20peperiksaan/My%20Pictures/slide%202.bmp
file:///F:/mydocument%20peperiksaan/My%20Pictures/slide%203.bmp
file:///F:/mydocument%20peperiksaan/My%20Pictures/slide%204.bmp
file:///F:/mydocument%20peperiksaan/My%20Pictures/slide%205.bmp
file:///F:/mydocument%20peperiksaan/My%20Pictures/slide%206.bmp
file:///F:/mydocument%20peperiksaan/My%20Pictures/slide%207.bmp
file:///F:/mydocument%20peperiksaan/My%20Pictures/slide%208.bmp
file:///F:/mydocument%20peperiksaan/My%20Pictures/slide%209.bmp

Presentation kt Tajwid

0 comments

KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN
SGDP 4043

MENINGKATKAN KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN SATU
( 1 ) IBNU KATHIR DALAM ILMU TAJWID
DI SEKOLAH MAAHAD TAHFIZ SAINS BUSTANUL ARIFIN

OLEH

ABDULLAH ZAWAWI BIN AWANG 202197

LOKMANUL HAKIM BIN YUSOFF 202211

ISU KAJIAN

Kajian ini dijalankan adalah daripada rentetan keputusan peperiksaan yang lepas, masih ada pelajar yang tidak boleh memperolehi markah yang tinggi walaupun sebelum ini telah dibuat ujian beberapa kali dengan soalan yang sama hanya diubah di tempat yang berlainan masih lagi berlaku kesilapan.Mungkin kerana mereka kurang kefahaman dan penguasaan terhadap ilmu tajwid.

PENYATAAN MASALAH

Pelajar kurang faham ilmu tajwid.

Pelajar kurang memberi perhatian

Pelajar tak dapat menerapkan dalam bacaan.

PENYELESAIAN MASALAH

AKTIVITI 1( Tak Kenal Maka Tak Cinta )

Guru menerangkan konsep ilmu tajwid.

AKTIVITI 2 ( Kenalilah Daku )

Guru membentuk pelajar beberapa kumpulan untuk memindahkan sebanyak mungkin berkenaan hukum nun mati dan tanwin dalam Juzuk berkenaan.

Sambungan

AKTIVITI 3 ( Sayangilah Daku )

Setiap pelajar akan mempersembahkan hasil carian tugasan kumpulan mereka.

DAPATAN KAJIAN

Semua pelajar merasa minat untuk belajar.

Semua pelajar mengambil bahagian.

Semua pelajar memberi kerjasama.

Wednesday, March 3, 2010

buletin

0 comments













Thursday, February 11, 2010

APLIKASI IT DALAM P&P PENDIDIKAN ISLAM

5 comments
APLIKASI IT DALAM P&P PENDIDIKAN ISLAMhttp://www.slideshare.net/norfariszam/aplikasi-it-dalam-pengajaran-dan-pembelajaran-pendidikan-islam

pemantapan pendidikan islam

1 comments
PEMANTAPAN PENDIDIKAN ISLAM DAN KOMPONEN AKHLAK
Di Malaysia persoalan pendidikan akhlak diberi perhatian terutamanya dalam sistempendidikan kebangsaan. Untuk merealisasikan hasrat ini, maka pelajar Islam diwajibkanmengikuti Pendidikan Islam, manakala pelajar bukan Islam pula dikehendaki mengikutiPendidikan Moral.Pelaksanaan kurikulum Pendidikan Islam boleh dilihat menerusi perkembanganpendidikan Islam di negara ini. Amnya terdapat empat jenis sistem pendidikan Islam.Setiap jenis tersebut boleh diringkaskan seperti berikut. Jenis pertama merupakanpembelajaran di rumah guru. Menurut Maimunah, seperti mana dilaporkan oleh AbdullahIshak (1995), struktur dan kurikulum pendidikan Islam di rumah guru pada zamanKerajaan Melayu Melaka lebih menekankan kepada pengajian membaca al-Qur’an, disamping ilmu lain yang berkaitan dengan keagamaan seperti tawhid, fiqah, tasawwuf,sejarah Islam dan pengajaran yang mendatangkan kebaikan.Selain pendidikan di rumah guru, jenis kedua ialah pengajian di institusi pondok yangdikenali sebagai pendidikan tradisional dan merupakan satu legacy pendidikan Islamyang tertua dan berpengaruh dalam melahirkan pelajar berpengetahuan agama, berakhlaktinggi serta dapat membimbing masyarakatnya (Ghazali Basri, 1991). Sebenarnya istilah“pondok” berasal daripada perkataan Arab, funduq yang bermaksud rumah-rumah keciltempat tinggal, untuk empat hingga lima orang pelajar bagi setiap buah rumah. Pondokpondokitu didirikan atas usaha alim ulama dan masyarakat tempatan. Matlamat utamapenubuhan institusi pondok ialah melahirkan masyarakat yang dapat menghayati danmengamalkan ajaran Islam dengan sempurna. Justeru, kurikulum pengajian pondok lebihmenumpukan kepada bidang keagamaan dan pengajarannya lebih bersifat penghafalandan pemahaman.Jenis ketiga pula ialah sistem pendidikan berkonsepkan sistem madrasah yang lebihsistematik dan formal. Ia merupakan satu alternatif yang menarik perhatian masyarakatMelayu kerana taraf pelajaran di madrasah adalah tinggi dan kurikulumnya bersifat lebihkomprehensif kerana telah dimasukkan beberapa mata pelajaran lain dalam pendidikan99Islam. Ini sesuai kerana Kaum Muda ketika itu berpendapat bahawa umat Islam tidakseharusnya mementingkan akhirat semata-mata, tetapi perlu maju dalam aspeksosioekonomi dan politik agar menjadi umat yang berdaya saing dan progresif.Pertumbuhan madrasah sesungguhnya bagai cendawan disebabkan anggapan bahawasistem pondok tidak mampu berkembang mengikut kehendak dan keperluan dalamkehidupan serba moden, di samping alasan untuk menyaingi pendidikan sekular yangditubuhkan oleh pendakwah Kristian seperti Sekolah Convent.Namun begitu, perlu ditegaskan bahawa kemunculan madrasah tidak melupuskan ataumelemahkan sistem pondok yang sedia ada; bersama-sama kedua-duanya inginmengukuhkan kedudukan pendidikan Islam di Tanah Melayu. Bahkan, kedua-dua sistempondok dan madrasah memainkan peranan penting dalam memelihara identiti Islam padaorang Melayu, dan menyediakan orang Melayu dengan teras pendidikan Islam.Sesetengah cendekiawan berpandangan bahawa intipati institusi pondok untukmasyarakat Melayu boleh diterangkan sebagai acuan bagi sudut budaya dalampendidikan dalam masyarakat Melayu Islam (Azmi Aziz & Shamsul A.B, 2004).Keutuhan pendidikan Islam pada akhir abad ke-19 mengalami cabaran dengan kehadiranpenjajah Inggeris di Tanah Melayu. Proses sekularisasi penjajah telah memperkenalkandasar pelajaran yang amat menghadkan kurikulum pendidikan Islam dan mengawal ketatpengajaran al-Qur’an. Sekolah vernakular Melayu telah ditubuhkan. Selain daripada itu,penubuhan MCKK telah menggunakan kurikulum yang serupa dengan yang digunakan diEngland. Kedatangan Inggeris sesungguhnya telah memperkenalkan pendidikan sekularkepada orang Melayu. Tegasnya, pada zaman penjajahan ini menurut Rosnani Hashim(2001), sistem pendidikan digunakan sepenuhnya oleh pihak penjajah untuk mencapaiagenda mereka yang tersendiri, termasuk menyebarluaskan fahaman sekular danmeminggirkan agama.Setelah negara mencapai kemerdekaan, institusi madrasah (dikenali juga sebagai sekolahagama atau sekolah Arab) berterusan menghadapi cabaran. Ini kerana Akta Pelajaran1961 (yang berasaskan kepada Laporan Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960),yang membawa perubahan besar dalam sistem pendidikan kebangsaan, telahmemasukkan Pendidikan Agama Islam sebagai satu mata pelajaran ke dalam kurikulumsekolah kerajaan. Sekaligus keadaan ini melemahkan kedudukan sistem madrasah, lebihlebihlagi dasar pendidikan kebangsaan memberikan gambaran bahawa prospek kerjayaatau jaminan ekonomi adalah lebih baik bagi lulusan sekolah kerajaan berbanding denganlulusan madrasah (Mohd. Yunus Noor, 1990).Kepentingan Pendidikan Agama Islam di sekolah-sekolah kerajaan diberi penekanan lagiapabila ia diwajibkan ke atas semua murid Islam dan dimasukkan ke dalam jadual wakturasmi sekolah pada tahun 1962, dengan masa yang diperuntukkan ialah dua jamseminggu. Dari sudut kandungan kurikulumnya pula, ia hampir serupa dengan apa yangdiamalkan di kebanyakan negara Islam. Kurikulum mengandungi pengajian al-Qur’anyang merupakan komponen asas, di samping hadis dan mata pelajaran tauhid, fiqah,akhlak, tulisan, tata bahasa Arab, kesusasteraan dan sejarah. Sesungguhnya perluditegaskan bahawa Pendidikan Agama Islam diadakan di sekolah kerajaan bagi menjamin100hala tuju pendidikan Islam bukan mengenepikan sistem pondok dan madrasah atausekolah agama. Demi pendidikan Islam, semua sistem pendidikan yang terlibatdengannya ada kelebihan masing-masing dan patut dimanfaatkan oleh semua pihak.Sepanjang pelaksanaan kurikulum Pendidikan Islam (sebelumnya disebut PengetahuanAgama Islam), pemantauan tentang keberkesanan mata pelajaran ini sentiasa diusahakan.Dapatan kajian itu terkandung dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji DasarPelajaran 1979, antaranya ialah:Mutu pelajaran dan pembelajaran Pengetahuan Agama Islam di sekolahsekolahsekarang ini belum lagi mencapai satu peringkat yang diharapkan(Perkara 129).Pendidikan Agama Islam seperti yang dijalankan pada masa ini kurangmenitikberatkan aspek-aspek amali sepertimana yang dijangka dandikehendaki (Perkara 348.3).Kurikulum Pendidikan Islam telah dipertingkatkan lagi apabila Kurikulum Baru SekolahRendah (KBSR) diikuti dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)diperkenalkan. Peningkatannya boleh dilihat dari segi status dan sukatan pelajaranberbanding Kurikulum Lama Sekolah Menengah. Dalam KBSM, Pendidikan Islamterdiri daripada Pendidikan Islam Teras dan Pendidikan Islam Elektif. Pendidikan Islamsebagai mata pelajaran teras terbahagi pula kepada dua bidang iaitu bidang Tilawah al-Qur’an yang menekankan aspek bacaan, hafazan ayat-ayat, zikir dan doa serta kefahamanayat-ayat tertentu; dan bidang Ulum Syariah pula menekankan aqidah, ibadah, sirah dantamadun Islam serta sifat dan cara hidup Islam. Dari segi masa pengajaran danpembelajaran, Pendidikan Islam KBSM juga memperlihatkan peningkatan iaitu bagiperingkat menengah rendah ialah 240 minit atau enam kali seminggu. Bagi peringkatmenengah atas pula peruntukan masa ialah 160 minit atau empat kali seminggu.Sistem dan kurikulum pendidikan sentiasa bersifat dinamik. Tiada kurikulum yangberkekalan. Ia sentiasa disemak dan mengalami perubahan. Begitu juga halnya denganPendidikan Islam kerana pada 1996 keputusan telah dibuat untuk menyemak kurikulummata pelajaran itu. Sekali lagi, pada tahun 1998 kurikulum Pendidikan Islam mengalamiperubahan demi mencapai matlamat yang diinginkan semaksimum mungkin. Iadibahagikan kepada tiga komponen iaitu pertama, Tilawah al-Qur’an yang menumpukankepada membaca dan menghafal ayat-ayat al-Qur’an mengikut hukum tajwid, memahamipengertian, pengajaran dan hikmat serta menghayatinya. Kedua, Ulum Syariah yangmenumpukan kepada pemantapan aqidah, ibadah dan meneladani sirah Rasulullah s.a.w.serta Tamadun Islam. Akhir sekali, Pendidikan Akhlak Islamiah yang berfokus kepadapembentukan peribadi pelajar ke arah tingkah laku muslim mukmin melalui pengetahuandan pemahaman tentang peraturan dan cara hidup muslim dalam hubungannya denganAllah s.w.t, diri, keluarga, masyarakat, negara dan alam sekitar.Setelah kurikulum Pendidikan Islam dilaksanakan selama tiga tahun, suatu semakansemula telah dilakukan ke atas Pendidikan Akhlak Islamiah. Beberapa perubahan telah101dilakukan yang melibatkan juga perubahan pada kandungan kurikulum PendidikanAkhlak Islamiah dan kaedah penyampaiannya. Komponen itu kini dinamakan sebagaiAdab dan Akhlak Islam (AAI) yang terdiri daripada enam bidang pembelajaran yangmempunyai subbidang masing-masing. Dari sudut struktur, pembentukan kandungandalam kurikulum AAI berteraskan kepada empat aspek hubungan iaitu hubungan dengandiri sendiri, individu lain, alam sekitar dan negara serta Rasul dan Pencipta (Allah).Manakala dari sudut kaedah penyampaiannya, guru dikehendaki menerapkan nilai-nilaiakhlak Islam ketika menerangkan adab dan amalannya dalam kehidupan pelajar. Gurugurudikehendaki menggunakan bahan pengajaran dan pembelajaran yang berasaskanteknologi maklumat dan komunikasi. Tegasnya, media elektronik dan komunikasi massatelah digunakan untuk memajukan dan mengembangkan nilai dalam mata pelajaranPendidikan Islam. Ini bertujuan meluaskan lagi pengetahuan dan kemahiran pelajarketika alam persekolahan dan apabila kembali ke dalam masyarakat bagi mendepani danmenangani arus globalisasi.Pengenalan komponen adab dan akhlak Islam dalam kurikulum Pendidikan Islam pada2003 adalah merupakan suatu usaha untuk mempertingkat dan mengemaskini lagipengajaran dan pembelajaran akhlak di sekolah yang antara lainnya bagi mencapaimatlamat iaitu melahirkan pelajar yang mempunyai ciri-ciri berikut iaitu mantap sertakukuh iman dan taqwa sebagai benteng ketahanan diri, menguasai ilmu fardu ain danfardu kifayah, sebagai pedoman dan amalan hidup, mengamalkan tuntutan fardu ain danfardu kifayah bagi memenuhi tanggungjawab ibadah dan berakhlak mulia sebagaipelengkap diri dan tonggak budaya (Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam KBSM,2002).Berdasarkan ciri kandungan AAI dan matlamat Pendidikan Islam di atas, adalah jelasbahawa selain mempelajari komponen lain dalam Pendidikan Islam adalah diharapkanpengajaran AAI dapat membentuk pelajar yang mampu mengharungi nilai-nilai luarmenerusi iman dan taqwa yang mantap, sebagaimana dijelaskan adab dan akhlak jugaakan dapat mengawal diri daripada gejala negatif” (Huraian Sukatan PelajaranPendidikan Islam KBSM, 2002). Ini bermakna AAI mesti menjadi induk utama kepadanilai-nilai materialisme, sekularisme, sainstisme dan sensateisme. Dengan penuhaltruisme ia perlu menggunakan nilai-nilai yang telah diislamisasikan untukkesejahteraan masyarakat dan persaudaraan atau manusia sejagat. Begitu juga diharapkanpelajar yang berakhlak dan beradab boleh bertindak dalam semua keadaan denganberkesan.Begitu juga, perlu ditegaskan bahawa penampilan diri guru di sekolah memainkanperanan penting dalam menerapkan nilai-nilai akhlak Islam. Dalam hal ini, guru ataupendidik perlu bertindak sebagai role model dan mengamalkan nilai-nilai moral dan adabyang baik untuk diteladani oleh pelajar. Sesungguhnya guru adalah pendakwah yangpaling berkesan.102Guru-guru juga perlu untuk tidak hanya menceritakan ideological legend dalam Islamtetapi membicarakan model kehidupan dalam dunia yang sebenar (living models in reallife). Guru tidak hanya menyampaikan fakta dan pengetahuan tetapi menajamkan maknakemanusiaan dan teknologi di kalangan pelajar agar dapat menghadapi cabaran danmenangani zaman globalisasi dengan jayanya

Monday, January 18, 2010

balas

0 comments
ana akan maklum kemudian

ahlanwasahlan

0 comments
ana skrg dah ada blog